1/ LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH
User Rating: / 0
Written by Ketua Pentadbir   
Wednesday, 07 May 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2008 


 
Bengkel SMM Jun 2008
User Rating: / 0
Written by Guru data/maklumat   
Thursday, 17 July 2008

Image

Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu telah menjalankan Bengkel Semakan & Pengauditan Data Sistem Maklumat Murid (SMM) bagi bulan Jun 2008. Kelihatan para jurulatih SMM sedang membantu guru-guru mengendalikan data smm mereka. Bengkel ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :

  • 15.07.2008   -   Semua sekolah menengah Daerah Kota Kinabalu
  • 16.07.2008   -   Sekolah rendah Zon Menggatal & Zon Likas
  • 17.07.2008   -   Sekolah rendah Zon Tanjung Aru & Zon Inanam




Image
 
Inilah paparan depan Sistem Maklumat Murid yang sentiasa dikendalikan oleh guru data/maklumat sekolah. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya memurnikan data yang ada di sekolah.  Data akan dihantar ke Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu sebanyak 3 kali dalam setahun. Memang wajarlah guru data/maklumat perlu dikurang jumlah waktu mengajar. Teruskan dengan data anda di sekolah.

 
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007
User Rating: / 0
Written by APC 2007   
Tuesday, 15 July 2008

    Seramai 536 orang guru telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang daripada 6852 orang guru peringkat Gabungan Kota Kinabalu Sabah. Tema Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini iaitu "Perkhidmatan Cemerlang Penjana Kegemilangan" memperlihatkan bahawa negara kita memerlukan guru yang berilmu pengetahuan, berkepakaran tinggi yang boleh menyediakan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan, dilengkapi kemahiran tinggi, boleh berkomunikasi dengan berkesan, kebolehan menggunakan ICT, berupaya berfikir aras tinggi kreatif dan kritis 'higher thinking skill', bertindak rasional, mempunyai nilai yang tinggi dan berupaya menjadi pemimpin yang berkesan. Serba sedikit ucapan kata-kata aluan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Yang Berbahagia Puan Normah Bt. Gagoh selaku Penaung Pengelola Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007

 Image

    Anugerah ini sebagai tanda penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya. Pemilihan ini bukan hanya berdasarkan markah penilaian prestasi guru-guru, tetapi juga berdasarkan banyak kriteria lain termasuk kerjasama dan penglibatan dalam melaksanakan tugas-tugas lain dari senarai yang ditetapkan dalam sasaran kerja tahunan.

 Image

    Sebagai warga pendidik, kita semua mempunyai peranan yang penting dalam perlaksanaan dasar dan sasaran yang telah ditetapkan sama ada oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau pun Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita hendaklah kita hargai melalui kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Dalam konteks ini sifat dan nilai murni seperti amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlu menjadi pegangan dan amalan setiap warga pendidik. Maka dengan ini seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam mengucapkan syabas dan tahniah kepada ENCIK MAZLAN BIN OSMAN dan ENCIK AM SHARUL BIN AM SHARIFF di atas perkhidmatan yang cemerlang pada kali ini. 


 
Berita Terkini Secara Slaid
Bengkel SMM Jun 2008

Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu telah menjalankan Bengkel Semakan & Pengauditan Data Sistem Maklumat Murid (SMM) bagi bulan Jun 2008. Kelihatan para jurulatih SMM sedang membantu guru-guru mengendalikan data smm mereka. Bengkel ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :

  • 15.07.2008   -   Semua sekolah menengah Daerah Kota Kinabalu
  • 16.07.2008   -   Sekolah rendah Zon Menggatal & Zon Likas
  • 17.07.2008   -   Sekolah rendah Zon Tanjung Aru & Zon Inanam




 
Inilah paparan depan Sistem Maklumat Murid yang sentiasa dikendalikan oleh guru data/maklumat sekolah. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya memurnikan data yang ada di sekolah.  Data akan dihantar ke Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu sebanyak 3 kali dalam setahun. Memang wajarlah guru data/maklumat perlu dikurang jumlah waktu mengajar. Teruskan dengan data anda di sekolah.

Read more...


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007

    Seramai 536 orang guru telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang daripada 6852 orang guru peringkat Gabungan Kota Kinabalu Sabah. Tema Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini iaitu "Perkhidmatan Cemerlang Penjana Kegemilangan" memperlihatkan bahawa negara kita memerlukan guru yang berilmu pengetahuan, berkepakaran tinggi yang boleh menyediakan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan, dilengkapi kemahiran tinggi, boleh berkomunikasi dengan berkesan, kebolehan menggunakan ICT, berupaya berfikir aras tinggi kreatif dan kritis 'higher thinking skill', bertindak rasional, mempunyai nilai yang tinggi dan berupaya menjadi pemimpin yang berkesan. Serba sedikit ucapan kata-kata aluan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Yang Berbahagia Puan Normah Bt. Gagoh selaku Penaung Pengelola Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007

 

    Anugerah ini sebagai tanda penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya. Pemilihan ini bukan hanya berdasarkan markah penilaian prestasi guru-guru, tetapi juga berdasarkan banyak kriteria lain termasuk kerjasama dan penglibatan dalam melaksanakan tugas-tugas lain dari senarai yang ditetapkan dalam sasaran kerja tahunan.

 

    Sebagai warga pendidik, kita semua mempunyai peranan yang penting dalam perlaksanaan dasar dan sasaran yang telah ditetapkan sama ada oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau pun Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita hendaklah kita hargai melalui kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Dalam konteks ini sifat dan nilai murni seperti amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlu menjadi pegangan dan amalan setiap warga pendidik. Maka dengan ini seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam mengucapkan syabas dan tahniah kepada ENCIK MAZLAN BIN OSMAN dan ENCIK AM SHARUL BIN AM SHARIFF di atas perkhidmatan yang cemerlang pada kali ini. 


Read more...


Cogan Kata Sekolah


"USAHA HINGGA JAYA" 


    USAHA di sini dimaksudkan sebagai satu pengemblengan tenaga secara maksimum untuk mencapai setiap cita-cita yang hendak dikehendaki. Daya usaha ini mampu melahirkan insan yang mempunyai daya saing dan daya tahan diri yang tinggi.

    Saingan secara global tidak melemahkan insan, malah menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Kejayaan yang dicapai, disusuli pula dengan usaha yang tinggi akan melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi 

 


Read more...


Lencana Sekolah


LENCANA SK KIONSOM INANAM 


  • Ukuran lencana 3.5" x 2.5"
  • Warna-warna yang terdapat dalam lencana biru, kuning
  • Warna biru adalah lambang perpaduan seluruh warga sekolah
  • Warna kuning pula melambangkan ketenangan dalam belajar di sekolah ini
  • Lambang-lambang yang terdapat dalam lencana seperti buku dan obor
  • Buku melambangkan ilmu yang hendak dicapai
  • Obor pula melambangkan semangat yang membara untuk berjaya

 

 

 

 

 


Read more...


Bendera Sekolah


BENDERA SK KIONSOM INANAM 



  • Bendera sekolah ini disertakan bersama lencana sekolah. Ianya lebih jelas mengambarkan lambang Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam, Sabah.
 
 
 
 
  • Warna hijau pada bendera sekolah ini melambangkan kedudukan sekolah yang terletak di atas bukit, dipenuhi dengan alam flora dan fauna yang semulajadi.

 

 

  • Warna kuning melambangkan warna di Raja. Ini menunjukkan bahawa kesetiaan kita kepada Raja dan Negara tidak berbelah bahagi.

 


Read more...


Sekolah Tercinta

C                                         G                               C 

Kami mula di sini menimba ilmu

E      D#     E     C   G  F# G    D    E        F     A    G

 

                                            G                        C

Tunjuk ajar diberi dari guruku

    E    D#    E   C   G  F#  G    D  E    F    B    C

 

                                                     G                         C

Kami patuh kepada ajaran guru

  E    D#    E      C      G   F#   G     D E    F       A    G

 

                                                          G                                C

Demi capai matlamat wawasan kita

  E    D#    E      C       G     F#   G        D      E      F        B   C

 

Chorus :

 

                        F                                               C

                        Bidang akademik kami terus belajar

                        A       A       G  A    G     F       G    G    A    G      F        E

 

                        G                                                                        C

                        Mengharumkan nama sekolah

                          D        D      E       F         A     G           F      G

 

              F                                                  C

              Bidang permainan kami tidak lupa

                     A       A          G     A   G  F       G    G    A   G     F    E

 

                        G                                 C

                        Untuk kesihatan

                     D     D      E   F    B    C

 

                                                   G                         C

SK Kionsom Inanam diberi nama

E  D#    E       C       G F#   G       D    E   F     A    G

 

                                                         G                              C

Sekolah yang tercinta jadi kenangan

 E     D#  E          C         G    F#   G    D   E     F      B       C      


Read more...


Pengasas Sekolah

 


Encik Kausik Ligong selaku Ketua Kampung Kionsom Inanam pada masa itu. Beliau adalah seorang yang aktif dan mempunyai pemikiran yang luas untuk memajukan kampungnya sendiri. Seorang pemimpin yang rajin serta suka membantu masyarakat sekelilingnya. 

Dengan kerjasama masyarakat kampung yang bersefahaman antara satu sama lain maka terdirilah bangunan sekolah yang dinamakan NATIVE VOLENTARY ENGLISH SCHOOL (N.V.E.S) yang kini dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN KIONSOM INANAM.

Encik Benedict Kuasong adalah guru besar sekolah ini yang pertama dengan dibantu oleh 4 orang guru pada masa itu. Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Kionsom telah maju ke hadapan serta boleh menerbitkan laman web sekolahnya sendiri walaupun laman web sekolah ini tidaklah sehebat sekolah-sekolah yang besar, namun sekolah yang kecil ini mampu bersaing di persada arena global. 


Read more...


Nama Sekolah

 

Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam ini mendapat namanya adalah kerana sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Kampung Kiansom Inanam. Perkataan Kionsom ini sebenarnya berasal dari sejenis bunga yang tumbuh di kawasan ini pada masa dahulu dan populasinya telah pupus sekarang ini.

Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam ini terletak jauh dari Pekan Inanam. Jauhnya lebih kurang 7 kilometer dari Pekan Inanam. Manakala dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam.

Apa yang boleh dibanggakan dengan sekolah ini adalah kerana ianya terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Kawasan Pelancongan Air Terjun Kionsom Inanam. Sudah pasti kawasan sekolah ini kaya dengan alam flora dan faunanya. 


Read more...


Senarai Guru Besar SK Kionsom Inanam

  •  Nama sebenar beliau Encik Benedict Kuasong
  •  Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1958 - 1965
  •  Nama sekolah ketika itu ialah NVES KIONSOM
  •  Bahasa Penghantar Bahasa Inggeris
  •  Dikategorikan sekolah sukarela

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Cik Lucy Wong
  •  Berasal dari Menggatal, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1965 - 1969
  •  Nama sekolah ketika itu ialah NVES KIONSOM
  •  Merupakan guru besar yang kedua


 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Chan Sew Man
  •  Berkhidmat selama setahun sahaja
  •  Menggantikan Lucy Wong yang berhijrah ke Kanada
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1970 - 1971
  •  Nama sekolah ketika itu ialah NVES KIONSOM
  •  Merupakan guru besar yang ketiga 

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Joseph Chong @ Chong Loi Fatt
  •  Menetap di Taman Perumahan Putrajaya Menggatal Sabah
  •  Bertugas di sekolah menjadi guru besar mulai dari tahun 1971- 1981
  •  Nama sekolah telah ditukar menjadi SK Kionsom Inanam
  •  Bantuan sepenuh dari kerajaan
  •  Merupakan guru besar yang keempat 

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Tahir Omar
  •  Berasal dari Papar, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1981 -1985
  •  1 orang kerani & 1 orang tukan kebun telah bertugas di sekolah ini
  •  Merupakan guru besar yang kelima

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Aspar Damang
  •  Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1985 - 1987
  •  Bidang kurikulum & kokurikulum meningkat peringkat Zon Inanam
  •  Persatuan Pancaragam Sekolah ditubuhkan
  •  Merupakan guru besar yang keenam 

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Ishak Hussin
  •  Berasal dari Selangor, Malaysia
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1988 - 1997
  •  Mendapat banyak bantuan kewangan dari kerajaan negeri
  •  Pembinaan gelanggang bola keranjang untuk sekolah
  •  Merupakan guru besar yang ketujuh 

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Ayub Aslam
  •  Berasal dari Kepayan, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1997 - 1999
  •  Seorang pemimpin yang banyak toleransi dengan guru-guru
  •  Merupakan guru besar yang kelapan

 

 

 

 


 

  •  Nama sebenar beliau Encik Nonoi Francis Odol
  •  Berasal dari Menggatal, Sabah
  •  Bertugas di sekolah mulai dari tahun 1999 - 2002
  •  Seorang pemimpin  yang banyak  mendidik guru-guru tentang  tugas guru
  •  Merupakan guru besar yang kesembilan

  

 

 

 



Read more...


Sejarah SK Kionsom Inanam Sabah

 


     Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam telah ditubuhkan pada tahun 1958 oleh masyarakat kampung sendiri yang diketuai oleh Encik Kausing Ligong. Beliau adalah seorang yang aktif dan mempunyai pemikiran yang luas untuk memajukkan kampungnya sendiri. Dengan kerjasama masyarakat kampung yang bersefahaman di antara satu sama lain maka terdirilah bangunan Sekolah Kebangsaan  Kionsom  Inanam. Sekolah ini didirikan di atas tapak bekas perkuburan. Kawasan tapak sekolah ini telah dibersihkan oleh masyarakat kampung. Mengikut  kepercayaan penduduk kampung, beliau jatuh sakit disebabkan oleh kemarahan orang halus yang diganggu tempat kediaman mereka.

  Walaupun mendapat berbagai-bagai halangan, kerja membina sebuah bangunan yang mempunyai dua bilik telah dapat disiapkan pada bulan November 1958. Setelah bangunan sekolah yang pertama dapat disiapkan, masyarakat kampung telah sebulat suara bersetuju untuk menamakan sekolah ini sebagai NVES KIONSOM (Native Voluntry English School) yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Pada awal tahun 1959 bangunan sekolah tersebut telah pun digunakan oleh murid-murid untuk belajar iaitu sebanyak  tiga buah kelas dari darjah satu, dua dan tiga. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik Benedict Kuasong yang berasal dari Kota Kinabalu. Oleh sebab dari tahun ke tahun para pelajar semain bertambah maka dua buah bangunan juga telah dibina dijadikan asrama untuk kanak-kanak yang tinggal jauh dari sekolah ini. Pada tahun 1965, Encik Benedict Kuasong telah digantikan oleh Puan Lucy Wong yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu.

    Pada tahun 1969, Puan Lucy Wong terpaksa berhijrah ke Kanada, maka jawatan guru besar di sekolah ini digantikan oleh Cik Shan Siew Man. Setelah berkhidmat selama setahun, beliau digantikan oleh Encik Joseph Chong pada tahun 1971. Semasa Encik Joseph Chong menjadi guru besar di sekolah ini, bilangan murid-murid telah bertambah. Bilangan guru pula hanya enam orang termasuk guru besar. Memandangkan bilangan kakitangan yang kurang sedangkan bilangan murid semakin bertambah, sering kali guru besar dan guru-guru terpaksa mengorbankan wang dan masa mereka sendiri untuk mengatasi pelbagai masalah yang bertambah. Ini kerana pada masa itu, sekolah ini masih merupakan sebuah sekolah sukarela dan tidak menerima bantuan kerajaan.

    Untuk mengatasi masalah tersebut, pada tahun 1973 pihak sekolah telah memohon untuk menukar nama sekolah ini menjadi SRK Kionsom Inanam. Secara tidak langsung kejayaan menukarkan nama sekolah ini menjadi SRK Kionsom Inanam telah meninggikan taraf sekolah dan mendapat bantuan daripada kerajaan. Selaras dengan kejayaan itu, bahasa penghantar sekolah ini telah ditukar daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada tahun 1974 dan 1975, dua orang murid iaitu Lo Ah Seng dan Yukin Kupan telah menerima Biasiswa Yayasan Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Semenanjung Malaysia.

      Pada tahun 1980, satu bangunan baru telah siap dibina untuk menggantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana sudah terlalu usang. Selain itu bangunan rumah guru telah dibina. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Encik Marcel Leiking pada 3hb. Mei 1980. Pada tahun 1981, Encik Joseph Chong telah digantikan oleh Encik Tahir Omar yang berasal dari Papar. Semasa beliau menjadi guru besar di sekolah ini, pihak jabatan pendidikan telah melantik seorang kerani sekolah dan seorang tukang kebun untuk bertugas di sekolah ini. Kehadiran kakitangan bukan mengajar di sekolah ini dapat mengatasi masalah beban tugas guru yang semakin banyak. Pada tahun 1985, Encik Aspar Damang mengambil alih jawatan Encik Tahir Omar sebagai guru besar. Di bawah pentadbiran beliau, pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dalam Zon Inanam semakin meningkat. Beliau berjaya menubuhkan Persatuan Pancaragam Sekolah yang pertama di Zon Inanam. Beliau juga berjaya mendapatkan bantuan projek kilat bangunan baru dengan dua buah bilik darjah dan sebuah pejabat am serta sebuah lagi rumah berkembar untuk kediaman guru. Bangunan ini dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah iaitu Encik Mahpor Baba pada 8hb. November 1987.

    Pada tahun 1988, Encik Aspar Damang telah ditukarkan ke SK Likas. Tugas beliau diambil alih oleh Encik Ishak Hussin iaitu seorang pendidik yang berasal dari Selangor. Di bawah pentadbiran beliau, pihak sekolah telah mendapat bantuan kewangan dari Menteri Kewangan Sabah iaitu YB Datuk Bernard Dompok sebanyak lima ribu ringgit untuk tujuan membeli pakaian seragam Persatuan Pancaragam Sekolah dan sebanyak sepuluh ribu ringgit untuk pembaikan padang sekolah. Pada tahun 1990, satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di sekolah ini. Projek tersebut ialah projek pembinaan gelanggang permainan bola keranjang, sepak takraw dan badminton yang menelan belanja sebanyak RM12,000 telah dibina di sekolah ini. Selain daripada itu dua bangunan baru telah dibina iaitu untuk menempatkan bilik muzik dan juga tandas murid.

   Dari masa ke semasa berbagai usaha dijalankan untuk mencantikkan dan mengindahkan kawasan sekolah. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan sama ada di dalam kelas mahu pun penempatan pelbagai peralatan di dalamnya telah disusun dan diperkemaskan. Untuk membolehkan murid belajar dengan lebih selesa semua kelas telah dilengkapi dengan kipas, langsir dan tikar getah. Selain itu bilik guru besar dan bilik guru telah dipasang dengan alat penghawa dingin. Sekarang ini SK Kionsom mempunyai 206 orang murid dengan 14 orang tenaga pengajar dan 3 kakitangan bukan mengajar. 


Read more...


Menu Kalender
Cari Bahan
Search For: 
Search File Titles: 
Search File Descriptions: 
Menu Masuk





Lost Password?
No account yet? Register
MENU ONLINE
Menu Undian
Mengapakah anda berminat melayari web sekolah?
 
Menu Komen Artikel
Majlis Perpisahan Ci...
Lawatan Prasekolah k...
Pembelajaran Akses K...
Cakap Ajuk & Cakap P...
Menu Komen Bahan
Posted by: mr_mazlan_73
Date iconJul.18

Posted by: junesoo310
Date iconJul.18

Posted by: azhalim
Date iconJul.07

Posted by: panitia bi
Date iconJun.18

Muat Turun Popular
YouCMSAndBlog Joomla Module Generator Wizard Plugin
Ramalan Bintang Anda
Menu Pesanan
 
 Seitenanfang